Tuesday, May 3, 2011

I'JAZ AL-QURAN (QASAM DALAM AL-QURAN)

1.0 PENDAHULUAN

            Al-Quran merupakan salah satu mukjizat yang kekal hingga ke hari kiamat. Ia diturunkan oleh Allah kepada kekasihnya Muhammad s.a.w secara berperingkat-peringkat. Kemudian baginda menyampaikannya kepada seluruh umat manusia. Proses penurunan al-Quran berlaku selama 23 tahun selepas baginda diangkat sebagai Rasul oleh Allah. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Pelbagai cabaran dan dugaan yang baginda tempuhi sepanjang usia baginda untuk menyebarkan Islam.

            Betapa tingginya pengorbanan Rasulullah s.a.w. ketika ingin menyampaikan seruan-seruan Islam. Segala cabaran dan dugaan dihadapi baginda dengan tabah. Jika kita melihat al-Quran pada hari ini, ianya telah lengkap dari sudut semua aspek. Al-Quran perlu dibaca dan dihayati kandungannya agar kita tidak membaca secara membuta tuli dan tidak mengetahui apa isi yang tersurat dan tersirat di dalamnya.

            Justeru itu, seharusnya kita mencungkil dan mengkaji isi kandungan al-Quran yang banyak lagi belum kita ketahui, apakah disebalik huruf-huruf muqatta’ah, ayat-ayat qasam, i’jaz di dalam al-Quran dan banyak lagi. Kajian pada kali ini lebih berfokus kepada qasam di dalam al-Quran.
            Qasam ialah sumpah atau dalam erti kata yang lain ia juga mempunyai maksud yang sama dengan kalimah al-hilf dan al-yamin. Jamak kepada ‘qasam’ ialah ‘aqsam’. Bentuk asal aqsam ialah daripada fi’il atau kata kerja aqsama atau ahlafa yang ditransitifkan yakni kata kerja yang mempunyai objek, atau dalam ilmu bahasa arab disebut muta’addi. Jika digabungkan dengan huruf ba (ب), ianya akan menjadi muqsam bih iaitu sesuatu yang digunakan untuk bersumpah. Kemudian yang dinamakan muqsam ‘alaih ialah jawab muqsam. Contohnya ialah firman Allah:
Maksudnya: dan mereka bersumpah Dengan nama Allah Dengan bersungguh-sungguh (sambil berkata): "Allah tidak akan membangkitkan semula orang-orang Yang telah mati". (itu tidak benar), bahkan janji Allah membangkitkan orang-orang Yang telah mati) tetap benar; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.[1]
Maka dengan itu, dapatlah kita simpulkan bahawa dalam perbahasan ilmu qasam di dalam al-Quran terdapat tiga unsur penting yang perlu diingat. Yang pertama ialah qasam fi’il, muqsam bin dan terakhir  muqsam alaih.
            Oleh kerana qasam sering digunapakai di dalam percakapan, maka ia diringkaskan. Caranya ialah fi’il qasam dihilangkan dan digantikan ba’. Walau bagaimanapun ianya tidak terdapat di dalam al-Quran melainkan dengan fi’il qasam seperti dalam surah an-Nur:53
Maksudnya: Dan mereka (yang munafik) bersumpah Dengan nama Allah, Dengan sebebar-benar sumpahnya: Bahawa jika Engkau (Wahai Muhammad) perintahkan mereka (keluar berjihad), tentulah mereka akan keluar. katakanlah: " janganlah kamu bersumpah, (taat kamu itu) taat yang terkenal (dustanya). Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan".
Kemudian digantikan dengan huruf wau (و) pada isim Zahir, seperti firman Allah:
Maksudnya: Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),[2]
Kadangkala pernah juga kita terbaca ianya bermula dengan huruf (ت) seperti apa yang berlaku di dalam firman Allah:
Maksudnya: "Dan Demi Allah, Aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)".[3]
Namun begitu, penggunaan sedemikan adalah jarang sekali digunakan, sedangkan pengggunaan ‘wau’ ( و) yang banyak sekali digunakan.
            Qasam dan yamin mempunyai makna yang sama. Qasam diberi makna sebagai pengikat jiwa (hati) agar tidak melakukan sesuatu perbuatan, dengan suatu makna yang dipandang besar sama ada secara hakikat mahupun secara secara keyakinan (iktikad) bagi orang yang bersumpah itu. Sumpah itu juga dinamakan dengan al-yamin (tangan kanan). Hal ini kerana apabila orang-orang Arab bersumpah, mereka pasti memegang tangan kanan sahabatnya.

2.0 FAEDAH QASAM DI DALAM AL-QURAN
            Bahasa Arab mempunyai keistimewaan iaitu kelembutan dalam ungkapan dan uslub bahasanya yang berbagai-bagai, sesuai dengan matlamatnya. Mukhattab bermakna lawan bicara, Ia mempunyai beberapa keadaan dalam ilmu ma’ani yang disebut adrubul khabar thalasah atau tiga bentuk penggunaan kalimah iaitu ibtia’di, talabi dan inkari.
            Ibtidai’ ialah lawan bicara bagi seseorang yang tidak mempunyai pandangan mengenai sesuatu hukum. Maka perkataan yang disampaikan itu tidak perlu kepada penyokong atau penguat. Perkataan yang kedua dinamakan sebagai talabi iaitu syak terhadap sesuatu ketetapan hukum adakah ia sudah diputuskan ataupun tidak. Maka orang seperti ini hendaknya ia menggunakan pertanyaan yang boleh menghilangkan kebimbangannya. Manakala inkari ialah apabila sesorang itu menginkari atau menolak isi sesuatu hukum. Maka perbicaraan untuk seterusnya harus disertai dengan kata-kata penguat sesuai dengan kadar keingkarannya.
            Qasam merupakan salah satu penguat perkataan yang masyhur untuk memperkukuhkan kebenaran sesuatu di dalam jiwa. Al-Quran diturunkan untuk semua manusia, dan manusia itu mempunyai sikap yang pelbagai terhadapnya. Antaranya ada yang meraguinya, ada yang mengingkarinya, dan ada pula yang membencinya. Maka dengan itu, gunalah qasam dalam kalamullah. Tujuannya adalah untuk menghilangkan rasa kebimbangan, melenyapkan kesalah fahaman, membina hujah, menguatkan khabar dan menetapkan hukum dengan cara yang paling sempurna.

3.0 MUQSAM BIH DALAM AL-QURAN.
            Allah boleh bersumpah dengan Zat-Nya yang khusus, sifat-sifat-Nya atau dengan ayat-ayat-Nya. Sumpah Allah dengan sebahagian makhluk dapat menunjukkan bahawa makhluk termasuk dalam salah satu ayat-Nya yang besar. Allah telah bersumpah denagn diri-Nya sendiri di dalam al-Quran pada tujuh tempat. Namun contoh yang diberi hanya tiga sahaja.
Yang pertama ialah firman Allah:
Maksudnya: (di antara sebab-sebab kufur) orang-orang yang kafir (ialah kerana mereka) mengatakan Bahawa mereka tidak sekali-kali akan di bangkitkan (Sesudah mati). katakanlah: "Bahkan, Demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang Segala yang kamu telah kerjakan. dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.[4]

Keduanya ialah firman Allah:
Mkasudnya: Dan orang-orang yang kafir berkata:" hari kiamat itu tidak akan datang kepada kami". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Bahkan (tetap datang). Demi Tuhanku yang mengetahui Segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu Sesungguhnya akan datang kepada kamu". tiada tersembunyi dari pengetahuannya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di Dalam Kitab Yang terang nyata.[5]
Yang ketiganya ialah firman Allah:
Maksudnya: Dan mereka (yang meminta disegerakan azab) itu akan bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Adakah kedatangan azab yang dijanjikan itu benar? "Jawablah: "Ya, Demi Tuhanku! Sesungguhnya adalah ia benar! dan kamu tidak sekali-kali berkuasa menahan kedatangannya".[6]

Maksudnya: Maka Aku bersumpah dengan Tuhan yang memiliki timur dan barat, Sesungguhnya kami benar-benar Maha Kuasa.[7]
Selain itu, sumpah dalam al-Quran adalah dengan menggunakan nama makhluk. Contohnya firman Allah:

Maksudnya: Demi matahari dan cahayanya di pagi hari. 2.Dan bulan apabila mengiringinya. 3.Dan siang apabila menampakkannya. 4.Dan malam apabila menutupinya. 5.Dan langit serta pembinaannya. 6.Dan bumi serta penghamparannya. 7.Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),[8]

Maksudnya:  Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang,[9]

1.  Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun. 2. Dan demi bukit Sinai,[10]
Sumpah seperti inilah yang paling banyak di dalam al- Quran.
Allah boleh bersumpah dengan apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Tetapi sumpah manusia selain daripada Allah ialah musyrik. Diriwayatkan daripada Umar bin Khatab r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

 “ Sesiapa yang bersumpah dengan selain ( nama ) Allah, maka ia telah kafir atau musyrik”.[11]

Allah bersumpah dengan makhluk-Nya, kerana makhluk itu menunjukkan ciptaannya, disamping menunjukkan pula akan keutamaan dan manfaat makhluk tersebut agar boleh dijadikan pengajaran bagi manusia. 

4.0 JENIS- JENIS QASAM

Qasam adakalanya berbentuk zahir secara jelas, tegas dan kadang-kadang berbentuk mudmar yakni tersirat.

Zahir ialah jenis sumpah yang di dalamnya disebutkan fi’il qasam dan muqsam bih. Dan di antaranya ada yang dihilangkan fi’il qasamnya sepertimanan pada amnya, kerana cukup dengan menggunakan huruf ‘jar’ seperti ba’, waw dan ta’. Dan ada juga yang didahului la nafy’ ( لا  ) sebelum fi’il qasam dalam sebahagian tempat sepertimana:

Maksudnya:  Aku bersumpah demi hari kiamat,[12]

Dikatakan di dua tempat ini adalah ‘la’ nafy, untuk menafikan sesuatu yang tidak disebutkan yang sesuai dengan konteks sumpah. Misalnya adalah: “ Tidak benar apa yang kamu sangka, bahawa hisab dan seksa itu tidak ada”. Kemudian baru dimulakan dangan kalimah sesudahnya: “ Aku bersumpah dengan hari kiamat dan dengan nafsu lawwamah, bahawa kamu kelak akan dibangkitkan”. Dikatakan pula bahawa ‘la’  tersebut untuk menafikan qasam, seakan- akan Ia mengatakan; “ Aku tidak bersumpah kepadamu dengan hari itu dan nafsu itu. Tetapi aku bertanya kepadamu tanpa sumpah, apakah kamu mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan tulang-tulangmu setelah hancur akibat daripada kematian? Masalahnya sudah jelas, sehingga tidak perlu lagi kepada sumpah”. Tetapi juga ada yang menyatakan bahawa ‘la’ tersebut ialah za’idah (tambahan). Jawapan qasam dalam ayat di atas tidak disebutkan, isyaratnya ialah ayat sesudah itu, iaitu firman Allah:


Maksudnya:  Apakah manusia mengira, bahwa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?[13]

Maka taqdirnya menjadi: Sungguh kamu akan dibangkitkan dan akan dihisab”.

Mudmar pula ialah yang di dalamnya tidak dijelaskan fi’il qasam dan tidak pula qasam bih- nya, tetapi ia ditunjukkan oleh ‘lam’ (  اللام ) taukid yang masuk ke dalam jawab qasam iaitu untuk menegaskan sepertimana firman Allah:
*
Maksudnya:  Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. jika kamu bersabar dan bertakwa, Maka Sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.[14]

Maksudnya: “ Demi Allah, kamu sungguh-sungguh akan diuji”.

5.0 KEADAAN MUQSAM ‘ALAIH

            Muqsam ‘alaih merupakan jawab kepada qasam. Tujuan qasam juga adalah untuk mewujudkan muqsam ‘alaih yakni jawab qasam. Oleh itu, muqsam ‘alaih mestilah didahulukan atau mestilah didatangkan qasam baginya. 

            Secara umumnya, muqsam ‘alaih disebut oleh Allah, namun begitu, terkadang ada juga yang dihilangkan yakni tidak menyebut muqsam ‘alaih. Contohnya jawab ‘Lau’ (jika) sering dibuang. Hal ini, berdasarkan firman Allah:

Maksudnya: “ Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin.”[15]

            Penghilangan seperti itu merupakan salah satu uslub yang paling baik. Sebabnya adalah ia menunjukkan kebesaran dan keagungan. Taqdir kepada ayat ini ialah: “ Seandainya kamu mengetahui apa yang akan kamu hadapi dengan yakin, mestilah kamu akan melakukan amal kebajikan yang begitu banyak sekali.”Penghilangan muqsam ‘alaih juga merujuk kepada firman Allah:
Maksudnya:  Demi fajar. 2.Dan malam yang sepuluh[16]. 3.Dan yang genap dan yang ganjil,4.  Dan malam bila berlalu. 5.Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) oleh orang-orang yang berakal. 6.Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Aad?

            Apa yang dimaksudkan dengan qasam pada ayat di atas ialah waktu yang mengandungi amal-amal ini telah dijadikan oleh Allah sebagai muqsam bih. Oleh itu, ianya tidak lagi perlu kepada jawapan yakni muqsam ‘alaih. Namun begitu, ada 2 pendapat yang mengatakan tentang hal itu. Pendapat pertama menyatakan iaitu jawab qasam itu dihilangkan yakni: “ kamu pasti akan diseksa wahai orang kafir mekah.” Pendapat kedua pula mengatakan jawab qasam itu disebut. Buktinya berdasarkan firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi.[17]

            Pendapat yang tepat tentang khilaf ini ialah pendapat yang pertama dengan mengatakan qasam itu tidak perlu kepada jawapan. Selain itu, kekadang muqsam ‘alaih juga dihilangkan kerana sudah ditunjukkan oleh perkataan sesudahnya. Contohnya seperti firman Allah:

Maksudnya: Aku bersumpah demi hari kiamat. 2.Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri).[19]

 Jawab qasam pada ayat tersebut dihilangkan kerana sudah ditunjukkan melalui firmanAllah sesudahnya. Firman Allah berikut ialah:

 Maksudnya: Apakah manusia mengira, bahwa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?[20]

Takdirnya ialah: Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan dan dihisab. Seterusnya fi’il madi musbat mutasarrif yang tidak didahulukan dengan ma’mul apabila menjadi muqsam ‘alaih. Namun harus disertai dengan ‘lam’ dan ‘qad’. Tetapi salah satu daripada kedua huruf ini tidak boleh dihilangkan kecuali kalimah tersebut terlalu panjang. Contohnya:
  
Maksudnya: Demi matahari dan cahayanya di pagi hari. 2.Dan bulan apabila mengiringinya. 3.Dan siang apabila menampakkannya. 4.Dan malam apabila menutupinya[21] 5.Dan langit serta pembinaannya. 6.Dan bumi serta penghamparannya. 7.Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). 8.Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. 9.Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,[22]
          
  Jawab Qasamnya ialah:

Maksudnya: Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu.
lam’ pada ayat tersebut dihilangkan kerana kalamnya terlalu panjang. Oleh sebab itu, para ulama berpendapat mengenai firman Allah:

Maksudnya: Demi langit yang mempunyai gugusan bintang. 2.Dan hari yang dijanjikan. 3.Dan yang menyaksikan dan yang disaksikan. 4.Binasa dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit.[23]

                Yang menarik ialah pada ayat ini tidak memerlukan kepada kepada jawab kerana maksudnya adalah mengingatkan kepada muqsam bih. Hal ini kerana ianya termasuk ayat-ayat TuhanYang Maha Besar. Ulama telah berpendapat mengenai hal ini iaitu mereka mengatakan jawab qasam tersebut dihilangkan dan ditunjukkan pada ayat yang ke-4. Jadi mafhumnya, mereka itu yakni orang kafir mekah terkutuk seperti ashabul ukhdud. Dan dalam kalangan mereka juga berpendapat iaitu yang dihilangkan itu hanyalah permulaannya sahaja. Jadi takdirnya ialah: لقد قتل, sebabnya ialah fi’il madi jika menjadi jawab qasam seharusnya disertai ‘lam’ dan ‘qad’. Ia juga tidak boleh dihilangkan salah satu daripadanya kecuali kalamnya terlalu panjang seperti yang disebut di atas tadi.

            Seterusnya Allah telah bersumpah untuk menetapkan keimanan yang wajib diketahui oleh setiap makhluknya. Oleh itu, terkadang Allah bersumpah adalah untuk menjelaskan tauhid, menegaskan al-Quran ialah hak, menerangkan mengenai rasul yang diutuskan, menjelaskan balasan dan ancaman, dan menerangkan mengenai keadaan manusia.

6.0 QASAM DAN SYARAT

            Apabila qasam dan syarat  wujud dalam satu dalam suatu kalimah maka yang menjadi muqsam bih adalah yang lebih dahulu daripada kedua-duanya, sama ada qasam mahupun syarat, jawab (muqsam bih) daripada yang terletak dibelakang tidak diperlukan.
            Apabila qasam mendahului syarat, maka yang menjadi jawab adalah qasam, dan jawab syarat tidak diperlukan lagi. Contohnya:
Maksudnya:  Berkata bapaknya: "Bencikah kamu kepada tuhan-tuhanku, Hai Ibrahim? jika kamu tidak berhenti, Maka niscaya kamu akan kurajam, dan tinggalkanlah Aku buat waktu yang lama".[24]

            Dalam ayat ini qasam dan syarat bersatu, sebab bunyinya ialah: Demi Allah, jika kamu tidak berhenti. “lam” yang masuk ke dalam syarat itu bukanlah “lam” jawab qasam seperti mana yang terdapat dalam ayat: 

Maksudnya:  Demi Allah, Sesungguhnya Aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi meninggalkannya[26]

            Akan tetapi ia adalah ‘lam’ yang masuk ke dalam adat ‘asy-syarat’ yang berfungsi menunjukan isyarat bahawa jawab yang sesudahnya adalah bagi qasam yang sebelumnya, bukan bagi syarat. ‘lam’ seperti itu disebut ‘lam’ mu’zinah (penunjuk) dan juga disebut ‘lam’ mauti’ah (penghantar). Kerana ia menghantarkan jawapan bagi qasam. Contohnya:

Maksudnya:  Sesungguhnya jika mereka diusir, orang-orang munafik itu tidak akan keluar bersama mereka, dan Sesungguhnya jika mereka diperangi, niscaya mereka tidak akan menolongnya; Sesungguhnya jika mereka menolongnya, niscaya mereka akan berpaling lari ke belakang; Kemudian mereka tidak akan mendapat pertolongan.[27]

                Lam mahuthi’ah ini pada amnya masuk ke dalam ‘إنْ(in syartiyah)”, tetapi kadang-kadang ia masuk ke dalam yang lain. Tetapi tidak dapat dikatakan bahawa kalimah ‘syarat’ itu adalah jawab bagi qasam yang diagak-agak, kerana ‘syarat’ tidak dapat menjawab. Sebab jawab haruslah berupa kalimah berita. Sedangkan ‘syarat’ adalah insya’, iaitu kalimah perintah, bukan kalimah berita. Dengan demikian, firman Allah pada contoh pertama, adalah jawab bagi qasam tetap ada sebelum syarat.

            Masuknya qasam “lam mauti’ah (penghantar)” ke dalam syarat tidaklah wajib. Sebab “lam” itu terkadang dihilangkan padahal qasam tetap ada sebelum syarat. Contohnya:
 
Maksudnya:  Sesungguhnya kafirlah orang0orang yang mengatakan: "Bahwasanya Allah salah seorang dari yang tiga", padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan yang Esa. jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih.[28]

            Dalil bahawa jawab itu bagi qasam, bukan bagi syarat adalah masuknya huruf ‘lam’ dan tidak majzum misalnya firman Allah:

Maksudnya:  Katakanlah: "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan Dia, sekalipun sebagian mereka menjadi pembantu bagi sebagian yang lain".[29]

Seandainya lafaz لاَ يَأْتُونَ adalah jawab bagi syarat, tentu fi’ilnya majzum. Adapun firman Allah:

Maksudnya:  Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia Telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang Telah diridhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik.[30]

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, al-Quran merupakan panduan kepada umat Islam dan sebagai persiapan jiwa setiap individu dalam menerima kebenaran, dan tunduk terhadap cahayanya itu berbeza-beza. Jiwa yang tertutup oleh kejahilan dan kesesatan tidak akan tergerak hatinya melainkan dengan peringatan dan kalimat yang keras. Qasam (sumpah) dalam perkataan, merupakan salah satu cara untuk memperkuat ungkapan kalimah yang disertai dengan bukti nyata, sehingga orang yang berhujah menentang kebenaran al-Quran akhirnya mengiktiraf apa yang mereka pertentangkan itu.




[1] Surah an-Nahl :38
[2] Surah al-Lail: 1
[3] surah al-Anbiaya’:57
[4] Surah at-Taghabun: 7
[5] Surah Saba’: 3
[6] Surah Yunus: 53
[7] Surah al-Ma’arij: 40
[8] Surah as-Syams:1-7
[9] Surah al-Takasur: 15
[10] Surah at-Tiin:1-2
[11] Hadis riwayat Tirmizi
[12] Surah al- Qiyamah: 1
[13] Surah al- Qiyamah: 3
[14] Surah Ali Imran: 186
[15] Surah al-Takasur: 5
[16] Malam yang sepuluh itu ialah malam sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan. dan ada pula yang mengatakan sepuluh yang pertama dari bulan Muharram termasuk di dalamnya hari Asyura. ada pula yang mengatakan bahwa malam sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama bulan Zulhijjah.
[17] Surah al-Fajr: 14
[18] Surah al-Qiyamah: 1-2
[19] Maksudnya: bila ia berbuat kebaikan ia juga menyesal Kenapa ia tidak berbuat lebih banyak, apalagi kalau ia berbuat kejahatan.
[20] Surah al-Qiyamah: 3
[21] Maksudnya: malam-malam yang gelap.
[22] Surah asy-Syams: 1-9
[23]  Yaitu pembesar-pembesar Najran di Yaman.
[24] Surah Maryam: 46
[25]  Surah al-Anbiya’: 57
[26] Ucapan-ucapan itu diucapkan Ibrahim a.s.dalam hatinya saja. Maksudnya: Nabi Ibrahim a.s. akan menjalankan tipu dayanya untuk menghancurkan berhala-berhala mereka, sesudah mereka meninggalkan tempat-tempat berhala itu.
[27]  Surah al-Hasyr: 12
[28] Surah al-Ma’idah: 73
[29]  Surah al-Isra’: 88
[30]  Surah an-Nur: 55

1 comment:

MP3 Clips